Perjumpaan Pertama Ahli CSA Sesi 2022/2023 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Perjumpaan Pertama Ahli CSA Sesi 2022/2023

Perjumpaan Pertama Ahli CSA Sesi 2022/2023

 

 

Oleh : Nur Diyana Izan (Pelajar Latihan Industri FBMK)  

SERDANG - Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) telah mengadakan perjumpaan pertama Chapter Student Ambassador (CSA) bersama fasilitator masing-masing di Balai Minda Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (Kosass A) pada 27 Oktober 2022.

Mengulas lebih lanjut, program CSA ini merupakan salah satu inisiatif ARCUPM sebagai sokongan kepada semua aktiviti dan program ARCUPM dalam pelbagai aktiviti merangkumi elemen kepimpinan, komunikasi korporat, keusahawanan dan kesukarelawan. CSA merupakan perantara antara ARCUPM dengan kolej kediaman, fakulti dan universiti yang sedikit sebanyak membantu dalam menyampaikan maklumat mengenai program yang dijalankan oleh ARCUPM.

 

Perjumpaan yang bermula jam 9.00 malam dan selesai pada jam 11.00 malam, banyak memberi input dengan pelbagai modul latihan dalam kumpulan (LDK) diberikan kepada CSA dalam pengagihan CSA mengikut enam Homeroom yang telah ditetapkan. Objektif perjumpaan ini adalah untuk memberikan pengenalan secara langsung kepada CSA mengenai ARCUPM dan CSA agar maklumat dapat disampaikan dengan jelas.

Aswin Najwa binti Mohd Noh, salah seorang ahli CSA juga berkongsi perasaan teruja apabila berpeluang menyertai perjumpaan CSA secara bersemuka setelah dua tahun menyertai program ini secara dalam talian. Beliau juga berkata, “Pada awalnya saya tidak mengetahui kewujudan ARCUPM. Namun, kini melalui program CSA, pelbagai pengetahuan mengenai ARCUPM saya perolehi dan percaya bahawa proragm ini mampu meningkatkan lagi mutu seorang pelajar dan melahirkan pelajar yang berpengetahuan dalam menjadi seorang pemimpin”. Ujar beliau.

Melalui program CSA ini diharapkan dapat membantu dan meningkatkan keterlibatan para pelajar untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh ARCUPM.

Tarikh Input: 31/10/2022 | Kemaskini: 19/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEZIA7~