Perjumpaan Penaja & Pelajar Tajaan Semasa Biasiswa Alumni | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Perjumpaan Penaja & Pelajar Tajaan Semasa Biasiswa Alumni

Perjumpaan Penaja & Pelajar Tajaan Semasa Biasiswa Alumni

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hasssan

 

2 November 2021, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM)  telah mengadakan satu sesi perjumpaan di antara penaja Biasiswa Ombak, Biasiswa Cuckoo dan pelajar tajaan bagi mengetahui situasi semasa pengajian seperti pembelajaran dalam talian, status akademik, dan isu berkaitan internship yang bakal dijalani oleh pelajar tidak lama lagi. 

Selain wakil penaja dan pelajar, turut hadir pada sesi perjumpaan itu adalah Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud. Pada kesempatan itu, beliau turut menyampaikan ucapan tahniah san syabas kepada pelajar yang masih bersemangat walaupaun dihimpit dengan kekangan dalam mengadakan pengajian secara dala talian. 

“Semangat inilah yang akan menentukan hala tuju anda kelak. Tidak mudah mengaku kalah dengan cabaran yang mendatang. Gunakan sebaik mungkin peluang yang ada untuk anda menimba ilmu dengan kelebihan anda selaku penenerima biasiswa daripada Alumni. Ramai rakan-rakan diluar sana yang mahukan penajaan ini tetapi rezeki anda dan jadikanlah kelebihan ini untuk anda terus cemerlang. Kesempatan ini juga saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penaja yang secara langsung telah menjadi pembuka laluan untuk pelajar-pelajar ini mencapai impian dan kejayaan. Sumbangan biasiswa ini banyak manfaatnya kepada pelajar-pelajar yang sangat memerlukan bantuan ini,” ulas beliau. 

Pada sesi itu juga penaja diberi peluang untuk berbincang bersama pelajar tajaannya mengenai penempatan untuk latihan indsutri yang akan dijalankan pada semester kelima nanti. Selain itu, penaja juga mengambil peluang ini untuk bertanyakan mengenai prestasi pelajar tajaan ekoran daripada perubahan situasi belajar daripada bersemuka kepada dalam talian. 

Rata-rata pelajar terkesan namun masih dalam keadaan terkawal. Malah menurut Saudari Nurhidayah Mohd Abdah, pelajar tajaam OMBAK, dia sedikit terkesan kerana perlu sesuaikan diri daripada bersemuka kepada dalam talian. 

“Kekangannya adalah apabila ada satu-satu perkara yang kita tidak faham mengambil masa sedikit untuk menyelesaikannya. Biasanya bila bersemuka, jika ada masalah terus dapatkan pensyarah untuk bertanya. Tetapi saya masih boleh atasinya dan pada peperiksaan semester keempat baru-baru saya masih mampu memperoleh keputusan yang baik, “ ujarnya. 

Terdahulu projek biasiswa Cuckoo dan OMBAK ini adalah projek perintis sejak tahun 2018 lagi. Saban tahun terlalu banyak permohonan yang diterima dan pemilihan yang telus dan benar-benar pelajar yang memerlukan sahaja akan diterima untuk menerima penajaan daripada Cuckoo dan juga OMBAK. 

Tarikh Input: 28/12/2021 | Kemaskini: 04/01/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDcRAZ~