PERJUMPAAN BERSAMA PENGARAH UPM KAMPUS BINTULU, SARAWAK | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » PERJUMPAAN BERSAMA PENGARAH UPM KAMPUS BINTULU, SARAWAK

PERJUMPAAN BERSAMA PENGARAH UPM KAMPUS BINTULU, SARAWAK

Serdang 17 Mac 2025, Pusat Perhubungan Alumni UPM berkesempatan untuk mengadakan pertemuan yang amat bermakna dengan Pengarah UPM Kampus Bintulu, YBHG. Profesor Dr. Shahrul Razid Sarbini. Pertemuan ini bertujuan untuk memperkasakan lagi hubungan yang lebih erat antara pihak Alumni UPM dan UPM Kampus Bintulu, serta merancang pelbagai langkah strategik untuk manfaat bersama. Dalam perbincangan tersebut, kami telah membincangkan beberapa perkara penting, antaranya pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi impak positif kepada kedua-dua pihak.

Objektif utama adalah untuk memastikan jalinan kerjasama yang lebih kukuh antara Alumni UPM dan kampus Bintulu, dengan fokus utama pada program-program yang dapat memberikan peluang kepada alumni untuk terus menyumbang kepada kemajuan universiti. Kami berharap, dengan adanya kolaborasi ini, akan tercipta lebih banyak peluang untuk meningkatkan lagi jaringan, memperkasa pengetahuan, dan menyokong perkembangan UPM Kampus Bintulu melalui sumbangan dan penglibatan aktif daripada alumni.

Terima kasih kepada YBHG. Profesor Dr. Shahrul Razid Sarbini atas kesudian meluangkan masa dan berkongsi wawasan untuk kebaikan semua. Semoga usaha ini terus mengukuhkan ikatan antara Alumni UPM dan UPM Kampus Bintulu.

Tarikh Input: 27/05/2025 | Kemaskini: 27/05/2025 | ahmadamirul

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (11:39:43am-11:44:43am, 15 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]