Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 22 Ogos - Satu perjumpaan telah diadakan di antara Ade Azhar dan Pusat Perhubungan Alumni UPM bertujuan untuk mengukuh dan menjalinkan kerjasama strategik untuk kedua-dua pihak.
Dalam pertemuan ini, wakil daripada Ade Azhar Trading yang terdiri daripada Puan Shahrizatuazuin Mokhjar, Pengurus Besar Ade Azhar Trading Sdn Bhd; Tuan Nizam Khan Bin Md Yusof, Human Resources Business Partner; dan Muhammad Nur Fahmi Bin Mohd Aris, Coordinator Project Yayasan Ade Azhar, telah disambut oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad.
Diharapkan bahawa usahasama yang bakal terjalin ini akan membawa manfaat yang besar dan berkesan, bukan sahaja kepada warga universiti, tetapi juga kepada para alumni, sekaligus memperkukuhkan jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak.
Pusat Perhubungan Alumni UPM merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Ade Azhar dalam kerjasama yang telah dijalankan sebelum ini. Terdahulu Ade Azhar telah pun menjalinkan kerjasama awal dalam pengagihan al-Quran kepada komuniti di sekitar Serdang pada Ramadan lepas dan bakal berlangsung lagi untuk manfaat pelajar di Kolej Kediaman di Kampus Serdang dan juga Bintulu.
-akan dikemaskini-
Tarikh Input: 30/08/2024 | Kemaskini: 30/08/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor