Perbincangan Sambutan Jubli Emas FPP | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Perbincangan Sambutan Jubli Emas FPP

Perbincangan Sambutan Jubli Emas FPP


Serdang, 19 November - Sambutan Jubli Emas Fakulti Pendidikan (FPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) bakal diadakan pada tahun depan. Sambutan ini antara lain adalah untuk membawa pulang alumni ke alma mater. Pastinya sambutan ini menjanjikan pelbagai kenangan indah dan peristiwa bersejarah untuk diraikan bersama-sama. Pusat Perhubungan Alumni telah berpeluang mengadakan perbincangan bersama salah seorang alumni terkemuka FPP, iaitu Prof. Datuk Dr. Mohamed Fadzil Che Din, seorang tokoh dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling (BP) yang merupakan alumni UPM pada tahun 1985 dan 1989.

 

Dalam pertemuan tersebut, kami turut membincangkan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk merancang sambutan Jubli Emas FPP tahun depan. Terima kasih kepada Prof. Datuk Dr. Mohamed Fadzil Che Din atas kesudian beliau untuk mengadakan perbincangan Sambutan Jubli Emas Fakulti Pendidikan (FPP).

 

-akan dikemaskini-

Tarikh Input: 21/11/2024 | Kemaskini: 08/01/2025 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:2:17:16~noCache