Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil

Serdang, 1 Oktober - Telah berlangsung perbincangan bersama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat & Endowmen (WAZAN) UPM bagi tujuan pelarasan mengenai perancangan Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) bagi melaksanakan Kempen Alumni Crowdfunding.
Perbincangan ini telah dihadiri oleh YBrs. Dr. Mohd Mokrish Md Ajat, Timbalan Pengarah ARCUPM, YBrs. Tuan Hj. Haris Dahlan, Pengarah WAZAN UPM dan Encik Mohd Azrol Hafizi Azman, Penolong Pendaftar, WAZAN UPM.
ARCUPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak WAZAN, UPM atas kesudian menerima kunjungan daripada pihak ARCUPM. Semoga dengan terlaksananya kerjasama ini boleh memberikan manfaat kepada seluruh warga UPM, terutamanya pelajar dan alumni UPM.
-akan dikemaskini-
Tarikh Input: 18/10/2024 | Kemaskini: 06/01/2025 | shahirahalia

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor