Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 24 Julai - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah mengadakan pertemuan secara atas talian bersama Chapter Alumni Indonesia bagi membincangkan kesinambungan perancangan Program Reunion Alumni Chapter Indonesia di Universiti Putra Malaysia dan sekitar Kuala Lumpur yang dirancang dilaksanakan pada 10 hingga 13 Oktober 2024. Turut hadir Timbalan Pengarah ARCUPM, YBrs. Dr. Mohd Mokrish Md Ajat dan wakil chapter, YBhg. Prof. Imas Sitanggang dan YBrs. Dr. Noor Farikhah Haneda dari Institut Pertanian Bogor, Indonesia yang juga merupakan Alumni UPM.
Diharapkan apa yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar dalam usaha mengeratkan hubungan dua hala dan juga mengeratkan ukhwah bersama alumni antarabangsa.
-akan dikemaskini-
Tarikh Input: 31/07/2024 | Kemaskini: 31/07/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor