SERDANG, 11 Ogos 2026 – Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM), En. Fahmi Azar Mistar, telah menerima buku program Menggamit Seribu Kenangan Alumni Reunion (MEKAR) Siri 36: Reunion AGRIMA 83-86 40 Tahun daripada wakil alumni AGRIMA 83-86, Dr. Siti Raba’ah Hamzah dan Tn. Hj. Md Johari Hasan.
Penyerahan buku program ini merupakan satu lagi usaha dalam mendokumentasikan perjalanan serta kenangan para alumni yang telah bersama-sama membina jaringan persahabatan sejak zaman pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Program MEKAR 36: Reunion AGRIMA 83-86 40 Tahun telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Mei 2026 bertempat di Astana Putra, UPM, dengan menghimpunkan kembali alumni AGRIMA 83-86 selepas empat dekad meninggalkan alam kampus.
Penerbitan buku program ini turut menjadi bahan dokumentasi yang merakamkan pelbagai kenangan, pengalaman dan perjalanan kumpulan alumni AGRIMA 83-86, sekali gus menjadi khazanah berharga untuk dikenang oleh generasi alumni pada masa akan datang.ARCUPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada kumpulan Alumni AGRIMA 83-86 atas kejayaan menganjurkan MEKAR 36 serta menghasilkan buku program yang bermakna ini.
RANCANGKAN REUNION ANDA BERSAMA KAMI!
ARCUPM sentiasa mengalu-alukan mana-mana chapter atau kumpulan alumni yang berhasrat untuk menganjurkan program reunion atau MEKAR. Inisiatif ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan kembali hubungan sesama alumni, malah turut membuka ruang kepada alumni untuk terus berhubung dengan alma mater.Alumni yang berminat untuk menganjurkan reunion bersama ARCUPM boleh menghubungi Pusat Perhubungan Alumni UPM untuk mendapatkan maklumat dan panduan lanjut.
Bersama kita menghidupkan semangat Alumni UPM Berilmu Berbakti.
Tarikh Input: 17/08/2026 | Kemaskini: 17/08/2026 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor