Penyediaan Pakej Edaran Graduan Majlis Konvokesyen Ke -46 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Penyediaan Pakej Edaran Graduan Majlis Konvokesyen ke -46

Penyediaan Pakej Edaran Graduan Majlis Konvokesyen ke -46

 

Oleh: Nur Diyana Izan (Pelatih Industri FBMK) 

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG – Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) dengan Kerjasama dari Persatuan Alumni UPM (PAUPM) dan turut dibantu oleh lima pelajar Chapter Student Ambassador (CSA) telah menyediakan pakej edaran graduan untuk Majlis Konvokesyen UPM Kali ke-46.

 

Sebanyak 3991 pakej graduan perlu disediakan untuk diagihkan kepada para graduan yang bergraduat bermula 26 November hingga 2 Oktober 2022. Pakej edaran ini mengandungi risalah, buku nota dan majalah buletin PAUPM, beg woven Alumni, pelekat cukai jalan UPM serta buku nota Yayasan Pak Rashid (YPR). Majlis Konvokesyen kali -46 ini merupakan majlis konvokesyan yang ketiga dilakukan secara fizikal selepas negara dilanda pandemik Covid-19.

Pakej edaran ini diberikan sebagai cenderamata untuk meraikan para graduan, selain itu pakej edaran yang disediakan ini juga adalah simbolik permulaan kepada para graduan yang telah menjadi alumni UPM kelas 2022 dan mereka ialah duta UPM di seluruh dunia.

ARCUPM mengucapkan tahniah kepada para graduan yang telah bergraduasi pada Majlis Konvokesyen ke- 46. ARCUPM berharap agar hubungan baik antara graduan yang telah menjadi alumni dengan alma mater akan berterusan dan dapat kembali menyumbang pada masa akan datang daripada pelbagai aspek seperti kewangan, ilmu pengetahuan, kepakaran, dan pengalaman.

Tarikh Input: 30/11/2022 | Kemaskini: 09/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaUA3~