PENUTUPAN RASMI | PODCAST KOMUNITI BERILMU BERBAKTI | Pusat Perhubungan Alumni alumni
» BERITA » PENUTUPAN RASMI | PODCAST KOMUNITI BERILMU BERBAKTI

PENUTUPAN RASMI | PODCAST KOMUNITI BERILMU BERBAKTI

OLEH : Anis Hannani Mohd Fuad Mahadi
SUNTINGAN : Ahmad Amirul Alias

Tanjung Karang, 6 Ogos 2025 – Majlis Penutupan Rasmi Podcast Komuniti Berilmu Berbakti telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya pada malam 6 Ogos 2025. Upacara penutup telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Mursyid Arshad, Pengarah Pusat Kokurikulum & Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program yang berlangsung selama tiga hari ini mencatat sejarah apabila diiktiraf sebagai Podcast Komuniti Secara Langsung Terpanjang di Malaysia  sekali gus mengangkat nama UPM dan alumni ke persada baharu dalam usaha memartabatkan wacana ilmu di peringkat komuniti.

Sepanjang penganjuran, podcast ini menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk alumni, pelajar, komuniti setempat serta panel jemputan berprofil tinggi yang bersama-sama berkongsi ilmu, pengalaman dan inspirasi. Perjalanan program ini bukan sahaja menjadi medium penghubung antara universiti dengan masyarakat, tetapi juga mengukuhkan nilai Berilmu Berbakti yang sentiasa menjadi teras UPM.

Pusat Perhubungan Alumni UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program bersejarah ini dengan penuh semangat dan komitmen. Semoga roh Berilmu Berbakti terus disemarakkan serta menjadi sumber inspirasi buat seluruh warga UPM, alumni dan komuniti.

 

Tarikh Input: 22/08/2025 | Kemaskini: 22/08/2025 | anishannani

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (07:27:14pm-07:32:14pm, 22 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]