Penjurian Pertandingan Sudut Bacaan READ@UNI 2024: READ@UNI Laman Al-Falah ARCUPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Penjurian Pertandingan Sudut Bacaan READ@UNI 2024: READ@UNI Laman Al-Falah ARCUPM

Penjurian Pertandingan Sudut Bacaan READ@UNI 2024: READ@UNI Laman Al-Falah ARCUPM

Oleh: Shahirah Alia 

Suntingan: Suziana Che Wil

Serdang, 10 Julai - Read@Uni Laman Al Falah ARCUPM telah menerima kunjungan daripada pihak Perpustakaan Sultan Abdul Samad yang diketuai oleh Puan Fatimah Zahrah@Aishah Amran dan Puan Noor Syafini binti Zamani untuk Penjurian Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni 2024. 

Read@Uni Laman Al Falah ini diwujudkan sebagai satu tanda sokongan kepada budaya membaca di kalangan staf dan pelajar di seluruh UPM tidak kira di Kampus Serdang ataupun di Kampus Bintulu, Sarawak. 

UPM selaku sebuah menara ilmu, amat menitikberatkan budaya sukakan ilmu dan galakan membaca bagi menambah ilmu di kalangan staf dan pelajar. Hal ini disambut baik oleh seluruh warga UPM apabila hampir diseluruh Pusat Tanggungjawab (PTj) UPM turut mewujudkan ruang read@uni masing-masing.  

 

Pusat Perhubungan dalam usaha menggalakan penglibatan para staf, turut mengadakan pelbagai aktiviti ilmiah diruangan ini. Antaranya perkongsian ilmu menerusi acara ‘bedah buku’, perkongsian pengalaman dan pelbagai lagi aktiviti yang lazimnya diadakan pada setiap Jumaat. 

Selain daripada berkongsi ilmu dan sebagai, aktiviti ini juga dilihat mampu meningkatkan daya keyakinan diri staf untuk berada di hadapan terutamanya dalam urusan pengucapan awam. Selaku kakitangan awam, kebolehan untuk berucap di khalayak sangat diperlukan dalam urusan pekerjaan seharian. 

Tarikh Input: 15/07/2024 | Kemaskini: 09/10/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:2:12:39~noCache