Penjurian Khas Read@uni Laman Al-falah ARCUPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Penjurian Khas read@uni Laman al-falah ARCUPM

Penjurian Khas read@uni Laman al-falah ARCUPM

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

SERDANG - Sesi penjurian khas read@uni Laman al-Falah ARCUPM telah berlangsung pada 12 Oktober 2022. Sesi penjurian yang diketuai oleh Cik Haslina Abu Seman@Talib, Timbalan Ketua Pustawan Kanan dan juga Encik Hanis Johari, Penolong Pendaftar, Perpustaan Sultan Abdul Samad UPM.  

Read@Uni ialah inisiatif kempen membaca untuk semua universiti di Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Objektif utama program ini adalah untuk menjadikan tabiat membaca khususnya dalam kalangan warga kampus dan pelajar universiti meningkat dalam peratusan menjelang tahun 2030.

Read@Uni Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) telah dinaik taraf dan diberi nama Laman Al-Falah ARCUPM telah dirasmikan pada 1 Ogos 2022 (Isnin) bersempena perpindahan sepenuhnya ruang Read@Uni di kawasan yang lebih luas, kondusif dan boleh diguna pakai oleh semua alumni, warga kampus, pelajar dan pelawat yang mengunjungi Bangunan Pejabat TNC (Penyelidikan dan Inovasi). 

Bagi menghidupkan read@Uni Laman Al-Falah ARCUPM ini, pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan yang pada awalnya hanya membabitkan staf ARCUPM, namun pada masa akan datang ianya terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu memanfaat read@uni Laman Al-Falah ARCUPM. 

Kemudahan laptop beserta wifi juga diberikan bagi memudahkan seandainya mahu memanfaat ruang kecil itu sebagai salah satu tempat untuk menyiapkan tugasan dan sebagainya. Para pelajar dialu-alukan untuk memanfaat ruang itu sebaiknya untuk kemudahan pembelajaran mereka. 

Tarikh Input: 31/10/2022 | Kemaskini: 19/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbCAY~