Penjurian Akhir EKSA Pusat Perhubungan Alumni | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Penjurian Akhir EKSA Pusat Perhubungan Alumni

Penjurian Akhir EKSA Pusat Perhubungan Alumni

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

 

SERDANG, 6 Okt - Sesi Penjurian Akhir Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) berlangsung dengan lancar. Bagi penjurian peringkat akhir ini, ARCUPM dinilai oleh tiga penilai berpengalaman iaitu Encik Isnain Ali, dari Pusat Kokurikulum dan Kecemerlangan Pelajar, Cik Nur Nadjla Ahmad Rajei, dari Sekolah Pengajian Siswazah dan Puan Aziah Hj Noh, dari Pejabar Bursar UPM.  

Ketiga-ketiga juri menilai secara keseluruhan sudut dan zon bagi memberi penilaian yang telus dan tulus. Sesi penjurian yang bermula pada jam 2.00 hingga 4.30 petang itu mengambil kira komitmen para staf dan pengurusan ARCUPM dalam menjalankan EKSA di ARCUPM. 

ARCUPM, bermula daripada sepak mula yang digerakkan pada Februari 2022 sehingga ke penilaian terkahir EKSA telah memberikan seluruh komitmen dan telah menjalankan kesemua prosedur yang dikehendaki dalam mengamalkan EKSA. 

Secara keseluruhannya pihak juri berpuas hati dengan kesediaan ARCUPM dalam mengamalkan EKSA dan berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan sepanjang penjurian berlangsung. 

ARCUPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kesemua juri yang terlibat dan EKSA akan terus disuburkan di ARCUPM demi mewujudkan suasana tempat kerja yang lebih kondusif dan selesa. 

Tarikh Input: 31/10/2022 | Kemaskini: 19/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaCAf~