Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil

Serdang, 12 Julai - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) menerima kunjungan daripada dua orang juruaudit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi Penilaian Peringkat Kedua EKSA tahun 2024. Juruaudit terdiri daripada Pn. Shamriza Shari daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM dan Pn. Lili Amira Hazihan daripada Pusat Pertanian Putra, UPM.
Sebelum dilancarkan EKSA, terlebih dahulu 5S diperkenalkan dalam meningkat dan menjaga kualiti persekitaran tempat kerja. Setelah dijenamakan semula, objektifnya masih sama iaitu mewujudkan suasana persekitaran tempat kerja yang kondusif namun ada elemen-elemen lain yang dipertingkatkan tetapi tidak lari jauh daripada kebersihan, keteraturan dan keselamatan pekerja.

ARCUPM memberi komitmen penuh terhadap usaha ini dan sentiasa menitikberatkan EKSA di kalangan staf dalam usaha mewujudkan ekosistem perkhidmatan yang terbaik dan selamat.
Pusat Perhubungan Alumni merakamkan sekalung penghargaan buat juruaudit yang telah membuat penilaian EKSA ARCUPM.
Tarikh Input: 15/07/2024 | Kemaskini: 09/10/2024 | shahirahalia

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor