Serdang 27 Mac 2025, Dalam semangat kebersamaan dan keprihatinan sempena bulan Ramadan, Persatuan Alumni UPM bersama Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM serta Pusat Perhubungan Alumni UPM dengan penuh rasa tanggungjawab telah menyerahkan infak kepada penerima pertama, Puan Afidah binti Abu Talib. Puan Afidah merupakan bekas graduan Ph.D. dalam Teknologi Makanan yang menamatkan pengajian pada tahun 2024. Beliau kini menetap di Seri Kembangan, Selangor bersama suami dan seorang anak yang berstatus kurang upaya. Selain itu, beliau juga seorang pejuang Multiple Sclerosis, penyakit neurologi autoimun yang memberi kesan kepada sistem saraf pusat.

Penyerahan sumbangan telah dilakukan oleh Dr. Ibrahim Mohamed, Setiausaha Agung Persatuan Alumni UPM, dan diiringi oleh Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, bersama Dr. Siti Fatimah Mohamad dan Dr. Aliah Zannierah Mohsin dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM. Infak ini adalah sebahagian daripada hasil kutipan daripada Majlis Iftar Alumni UPM, yang telah berlangsung pada 22 Mac 2025 di Restoran L’Apprenti & Deli, UPM.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang telah berkongsi rezeki dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Tarikh Input: 27/05/2025 | Kemaskini: 27/05/2025 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor