Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 5 & 6 Oktober - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah membuka reruai khas sempena Sambutan Pelajar Baharu dan ibu bapa sempena Minggu Perkasa Putra bagi Sesi Akademik 2024/2025, bertempat di Padang Kawad, Universiti Putra Malaysia (UPM). Reruai ini berfungsi sebagai platform untuk menyambut kedatangan pelajar baharu serta ibu bapa dan keluarga yang hadir pada hari istimewa ini.
Kami di ARCUPM mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu Sesi 2024/2025 dan berharap anda memulakan perjalanan akademik di UPM dengan penuh semangat dan motivasi.
Bagi ibu bapa dan ahli keluarga yang merupakan alumni UPM, kami dengan penuh rasa hormat menjemput anda singgah di reruai kami. Sebagai tanda penghargaan, alumni UPM akan menerima cenderamata khas yang telah disediakan. Reruai ini juga menawarkan peluang untuk alumni mendaftar di Sistem Maklumat Alumni (AIS), mengukuhkan lagi ikatan dengan alma mater yang tercinta.
Pada hari kedua Pendaftaran Pelajar Baharu di Kolej Kediaman UPM, suasana kampus dipenuhi dengan kehadiran pelajar dan keluarga yang penuh semangat.
ARCUPM telah hadir di Kolej Pendeta Za'ba (KPZ), Kolej 12 (K12), dan Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) bagi memudahkan proses pengemaskinian data Alumni UPM, memastikan hubungan antara alumni dan universiti terus terjalin erat.
-akan dikemaskini-
Tarikh Input: 21/10/2024 | Kemaskini: 08/01/2025 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor