Pembinaan Menara Jam Warisan Budi : Sesi Pengujian Tanah | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Pembinaan Menara Jam Warisan Budi : Sesi Pengujian Tanah

Pembinaan Menara Jam Warisan Budi : Sesi Pengujian Tanah

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 18 Okt - Proses awal untuk pembinaan Menara Jam Warisan Budi sedang giat dijalankan. Proses pengujian kesesuaian tanah sebelum proses pembinaan juga sudah dilakukan di tapak pembinaan Menara Jam Warisan Budi iaitu di padang berhadapan Dewan Besar UPM. 

Sesi pengujian ini adalah untuk memastikan struktur tanah cukup kuat untuk proses pembinaan menara jam kelak. Ini juga adalah untuk mengelakkan risiko pada masa akan datang. 

Pembinaan Menara Jam Warisan Budi dijangka akan memulakan proses pembinaan sepenuhnya pada Januari 2023. Mengambil masa selama 6 bulan dan ianya dijangka siap pembinaan pada Jun 2023. 

Projek yang dihasratkan pada tahun 2006 sepenuhnya mendapat suntikan dana awam iaitu sumbangan alumni, pelajar, staf dan individu. Projek yang menelan kos hampir RM 1.4 juta ini akan menjadi satu mercu tanda kegemilangan UPM yang baharu. Menara jam ini juga akan mendapat satu tempat perkumpulan pelajar yang lebih kondusif apabila siap dibina sepenuhnya. 

Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud menyifatkan Menara Jam Warisan Budi ini merupakan simbol kebersamaan alumni dan seluruh warga UPM dalam bersama-sama menjayakan projek dan program yang dihasratkan oleh universiti.

"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh alumni UPM yang telah menyumbang dan juga kepada seluruh warga UPM yang juga bersama-sama dalam melancarkan projek pembinaan Menara Jam Warisan Budi. Ini adalah satu mercu tanda kegemilangan UPM sebagai sebuah universiti bereputasi antarabangsa. Kebersamaan yang ditunjukkan oleh para alumni juga turut menyahut seruan Naratif Naib Canselor 2022, aspirasi ke-11 'Melibatsama Alumni Untuk Kelangsungan Universiti'. ujarnya. 

    

 

Tarikh Input: 31/10/2022 | Kemaskini: 23/12/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaXAO~