Peluang Alumni Berkongsi Rangkaian Kenalan Bisnes | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Peluang Alumni Berkongsi Rangkaian Kenalan Bisnes

Peluang Alumni Berkongsi Rangkaian Kenalan Bisnes

10 Julai 2019, Rabu - Dalam usaha memantapkan dan memperluaskan jaringan alumni Universiti Putra Malaysia, Pusat Alumni UPM (ACUPM) sentiasa komited dalam merencana dan melaksanakan pelbagai aktiviti serta program yang melibatkan alumni bagi mengekalkan jalinan hubungan sepanjang hayat yang konsisten di antara Alumni dan Alma mater. 

Rentetan itu, satu program yang diberi nama Teh Tarik & Chat telah dirangka dan telah dilaksanakan pada setiap tahun. Program ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2017 dengan penyertaan daripada alumni industri UPM dan pada tahun ini, skop penyertaan juga diluaskan kepada alumni-alumni dalam sektor korporat.  Teh Tarik & Chat Alumni UPM Tahun 2019 telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Julai 2019 jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang di L’apprenti @ Putra Restaurant UPM, dan melibatkan lebih kurang 30 orang alumni Industri dan korporat dalam pelbagai jenis bidang.

Program ini berkonsepkan santai untuk memberi peluang kepada alumni untuk berasa lebih selesa dan kondusif untuk meluaskan rangkaian kenalan dan beramah mesra serta berkongsi inisiatif korporat sesama mereka yang berasal daripada pelbagai kohort kelas graduat. Mereka juga diberi peluang untuk berkongsi pengalaman mengenai bidang mereka serta saling mencanai idea dan bertukar pendapat untuk kemaslahatan bersama.  

Pihak Pusat Alumni mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima Kasih dan penghargaan kepada alumni-alumni yang sudi meluangkan masa untuk kembali kepada Alma Mater dan juga sumbangan yang diberikan dalam menyokong kempen 1 Alumni 1 Sumbangan Ringgit khasnya untuk kebajikan pelajar UPM. Semoga ukhwah sudah terbina pada hari ini akan kekal sehingga selamanya.

Secara tuntasnya, sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab yang berperanan dalam menggerakkan aktiviti perhubungan alumni, Pusat Alumni sentiasa seiring dengan hasrat universiti untuk memperkasakan hubungan dan jaringan alumni dengan melaksanakan pelbagai program untuk merapatkan hubungan dengan para alumni dengan universiti demi menyokong universiti kearah matlamat PG200.

Tarikh Input: 26/07/2019 | Kemaskini: 26/07/2019 | sufian.ismail

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDTRAX~