Pameran Lukisan Batik Canting Untuk Kumpul Dana Biasiswa Pelajar | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Pameran Lukisan Batik Canting Untuk Kumpul Dana Biasiswa Pelajar

Pameran Lukisan Batik Canting Untuk Kumpul Dana Biasiswa Pelajar

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

SERDANG – Satu program telah dirangkan dengan objektif utamanya adalah untuk mengumpul dana bagi sumbangan biasiswa kepada pelajar daripada keluarga B40, asnaf dan pelajar yang memerlukan.

Program yang dinamakan Pameran Lukisan Batik Canting 2 Generasi : Membeli Sambil Menyumbang akan memamerkan hampir 30 hasil karya daripada ibu, ayah dan anak. Disebabkan itu jugalah pameran ini dinamakan Pameran Lukisan Batik Canting 2 Generasi.

Pameran yang berlangsung selama sebulan bermula dari 9 Jun hingga 9 Julai 2022 akan diadakan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM.

Para alumni di luar sana dialu-alukan untuk sama-sama menyokong program ini dengan membeli lukisan yang dipamerkan. Dengan hasil pembelian itu akan disalurkan kepada para pelajar dalam bentuk biasiswa.

 

Tarikh Input: 31/05/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUGAz~