Normal Baharu Pengurusan Majlis Dalam Alumni P.K.P Siri 24 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Normal Baharu Pengurusan Majlis dalam Alumni P.K.P siri 24

Normal Baharu Pengurusan Majlis dalam Alumni P.K.P siri 24

24 Oktober 2020, UPM - Dalam menghadapi masa yang sukar ini akibat penularan COVID-19, ACUPM berusaha untuk menyediakan pelbagai cara agar alumni kekal berhubung dengan UPM dan komuniti alumni. Alumni P.K.P (Prihatin.Kolaboratif.Proaktif) merupakan siri webinar yang mengumpulkan para profesional alumni dalam komuniti untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman kerja mereka dengan pelajar, staf dan komuniti.

 

Program Alumni P.K.P siri 24 ini telah disampaikan oleh Cik Norzaina Darus, Ketua Bahagian Perhubungan Korporat, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, UPM (Alumni Kelas 2018) bertajuk “Normal Baharu Pengurusan Majlis: Cabaran, Penyesuaian dan Pelaksanaan”. Sepanjang program berlangsung, penceramah berkongsi pengalaman beliau sewaktu mengendalikan majlis semasa pandemik Covid-19. Beliau menerangkan bagaimana pelaksanaan majlis mengikut normal baharu, apakah penyesuaian yang boleh dilakukan terhadap pelaksanaan majlis dan kaedah pelaksanaan majlis secara dalam talian yang boleh diaplikasi secara normal baharu.

Dia menekankan bahawa perasaan bingung, tidak yakin, dan risau ketika menggunakan alat perancangan majlis dalam talian adalah perkara biasa. Dengan pelbagai pilihan yang ada dalam talian, kebanyakan orang bertanya tentang apa, mana, dan bagaimana merancang majlis dalam talian. Seperti perisian majlis maya, ada lebih banyak lagi untuk merancang dan mengatur majlis dalam talian daripada hanya memilih platform penstriman. Merancang majlis maya nyata memerlukan sedikit usaha namun begitu, keberhasilan dan kejayaan setelah majlis dalam talian berjaya disiarkan secara langsung.

Program ini berjaya menarik 90 peserta dalam laman Cisco Webex dan 1740 tontonan di penstriman video Facebook Alumni UPM.

Tarikh Input: 12/11/2020 | Kemaskini: 12/11/2020 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUGA2~