NATIONAL COCONUT SEMINAR 2025 – HARI PERTAMA MERIAH DENGAN PERASMIAN & SESI ILMIAH | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » NATIONAL COCONUT SEMINAR 2025 – HARI PERTAMA MERIAH DENGAN PERASMIAN & SESI ILMIAH

NATIONAL COCONUT SEMINAR 2025 – HARI PERTAMA MERIAH DENGAN PERASMIAN & SESI ILMIAH

OLEH : Anis Hannani Mohd Fuad Mahadi
SUNTINGAN : Ahmad Amirul Alias



Serdang, 13 Ogos 2025 - Hari pertama National Coconut Seminar 2025: Coconut Industry – The Way Forward telah berlangsung dengan penuh meriah di Auditorium Rashdan Baba, Universiti Putra Malaysia (UPM).







Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. En. Jazman Azi Jamaluddin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Sekuriti Makanan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS). Perasmian ini turut diserikan dengan gimik pelancaran bersama Dato' Dr. Mohamad Hashim Ahmad Tajudin selaku Pengerusi NCS 2025 dan Dato' Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid, Timbalan Pengerusi NCS 2025.

Sesi pertama bertemakan “Coconut Industry in Malaysia” telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin, menampilkan tiga pembentangan menarik:

  1. Overview and Outlook of Coconut Industry in MalaysiaEn. Christopher John Biai

  2. Clicking Coconut Online: A Pathway to E-Commerce Empowerment for Smallholder Farmers in MalaysiaProf. Dr. Asan Ali Golam Hassan (Universiti Teknologi Malaysia, UTM)

  3. Strategic R&D Interventions for Resilient Coconut IndustryProf. Dr. Uma Rani Sinniah (Universiti Putra Malaysia, UPM)



Sesi ini memberi gambaran menyeluruh mengenai industri kelapa tempatan, termasuk potensi, cabaran serta inovasi berasaskan penyelidikan yang mampu memperkukuh daya tahan industri ini.

Sesi kedua bertemakan “Coconut Cultivation and Management” pula telah dipengerusikan oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Mad Nasir Samsudin, dengan empat pembentangan utama:

  1. Coconut Planting MaterialsDr. Rosalizan Md Saleh (MARDI)

  2. Coconut Plantation Development and ManagementEn. Adam Daud (Malaysian Kuwaiti Investment Co. Sdn. Bhd - MKIC)

  3. Coconut Smallholders Operations and ManagementEn. Roslan Jaafar (Persatuan Usahawan Kelapa Malaysia - PUKM)

  4. Pests and Diseases of CoconutMr. Ho Shui Hing (United Plantation - UP)

Sesi ini memberi tumpuan kepada kaedah penanaman, pengurusan ladang, operasi pekebun kecil serta kawalan penyakit dan perosak ke arah pembangunan industri kelapa yang lebih mampan dan berdaya saing.

Dengan barisan penceramah berpengalaman serta perkongsian ilmu yang bernilai, Hari Pertama NCS 2025 berjaya membuka ruang perbincangan bermakna, sekali gus memperkukuh kerjasama antara akademia, industri dan pembuat dasar demi kemajuan sektor kelapa negara.

 

 

 

Tarikh Input: 22/08/2025 | Kemaskini: 22/08/2025 | anishannani

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (05:21:03pm-05:26:03pm, 24 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]