MPP: FORUM SEBA-i DARI ARCUPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MPP: FORUM SEBA-i DARI ARCUPM

MPP: FORUM SEBA-i DARI ARCUPM

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG, 5 Oktober - Slot Sejam Bersama Alumni Industri (SEBA-i) adalah slot yang diterajui oleh Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) diadakan di Dewan Besar UPM sempena Minggu Perkasa Putra (MPP) sesi 2023/2024. Program ini adalah dari Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) yang menjadi penjalin hubungan antara alumni dan alma mater. Pihak ARCUPM memegang tanggungjawab sebagai perantara alumni dan UPM. 

Slot ini adalah slot ketiga pada hari tersebut Majlis MPP sesi 2023/2024 selepas slot dari Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) dan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM). 

Sejam Bersama Alumni atau dikenali sebagai SEBA adalah program yang bermanfaat dengan perkongsian alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berjaya kepada pelajar dan warga kampus mengenai pengalaman semasa menuntut ilmu di institusi pengajian tinggi UPM.

Perkongsian ini dapat menjadi penyuntik semangat dalam diri pelajar di mana ianya sesuai diadakan ketika sesi Minggu Perkasa Putra (MPP). Ianya juga adalah sebagai motivasi untuk pelajar bersemangat menuntut ilmu untuk menjadi alumni UPM yang berjaya suatu hari nanti yang dapat menyumbang kepada UPM. Sesuai dengan slogan “Berilmu Berbakti” dimana Alumni kembali berbakti kepada Alma Mater.

Turut hadir tetamu jemputan Encik Fahmi Azar Mistar, Timbalan Pengarah ARCUPM. Selaku moderator untuk forum ini adalah Encik Adib Azwar Suratmin ahli Chapter Student Ambassador (CSA) sesi 2022/2023. Ahlil panel jemputan adalah Encik Shaick Saifullah Jehangir Ali, Pengarah Urusan Ombak Exclusive, Encik Mohd Noorhardy Mohd Noorzain, Pengarah Urusan Saudagar Nenas, dan Encik Mohamad Hafidz Arifin, Pengarah Urusan Afta Benefigs Sdn Bhd.

Selepas perkongsian yang diberikan oleh ahli-ahli panel, majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan kepada ahli panel jemputan dan sesi bergambar di bawah pentas bersama pelajar baharu sesi 2023/2024.

ARCUPM berharap dengan slot yang diadakan ini dapat menyuntik minat pelajar untuk menjadi alumni yang kembali menyumbang kepada alma mater selepas mereka bergraduat dari UPM.

Tarikh Input: 16/10/2023 | Kemaskini: 19/12/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcQAB~