MINI MOKE AUSTIN MORRIS UPM RESTORASI BERSAMA ALUMNI UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MINI MOKE AUSTIN MORRIS UPM RESTORASI BERSAMA ALUMNI UPM

MINI MOKE AUSTIN MORRIS UPM RESTORASI BERSAMA ALUMNI UPM

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG, 24 Nov  – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman telah menerima penyerahan kereta “Mini Moke Austin Morris” daripada Dekan, Fakulti Kejuruteraan, UPM, Prof. Ir. Dr. Mohd Khairol Anuar Mohd Ariffin yang disaksikan oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU), UPM dan Ahli Pengurusan Fakulti Kejuruteraan, UPM pada hari ini.

Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan berkata kereta “Mini Moke Austin Morris” yang berdaftar dahulunya Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1973 mempunyai nilai sejarahnya tersendiri kerana pernah digunakan oleh Pengarah Ladang untuk membuat rondaan di kawasan ladang serta keseluruhan UPM.

“Melalui restorasi ini ianya akan dimanfaatkan serta secara langsung dapat dipamerkan kepada generasi pelajar UPM masa kini dan juga menjadi memori kepada alumni UPM yang terdahulu,” katanya.

Projek yang mendapat kerjasama daripada alumni UPM ini juga membuktikan jalinan Kerjasama antara university dan alumni itu sentiasa berterusan. Bagi Ketua Pegawai Eksekutif, Protect Master Coach (PMC), Mohd Fahmi Mad Ali, kerjsama ini adalah satu proses pertukaran ilmu dan kepakaran daripada industri terus kepada pelajar.

“Dengan cara kerjasama begini boleh mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar dunia kerjaya yang sebenar. Pemindahan ilmu ini juga sebagai salah satu usaha kami daripada industri memberi gambaran dunia kerjaya kepada pelajar. Diharapkan pada masa hadapan lebih banyak usahasama begini secara langsung daripada tenaga pakar di luar sana Bersama para pelajar,” ujarnya.

Projek restorasi yang diketuai oleh Dekan, Fakulti Kejuruteraan, UPM, Prof. Ir. Dr. Mohd Khairol Anuar Mohd Ariffin serta dibantu oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Fakulti Kejuruteraan, UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Khair Hassan dan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, UPM, Prof. Madya Dr. Eris Elianddy Supeni, mula dilaksanakan pada bulan Mac 2022 dan mengambil masa tujuh bulan untuk disiapkan sepenuhnya.

“Kereta Mini Moke Austin Morris adalah vintaj serta banyak komponen yang perlu difabrikasikan secara manual serta keperluan ketelitian dalam pencarian alat ganti menyebabkan penilaian mengambil masa. Proses yang dilakukan secara berfasa itu banyak memberi pendedahan kepada para pelajar dan sangat bermanfaat untuk mereka,” katanya.

Sementara itu, sempena dengan Majlis Konvokesyen UPM ke-46 Sidang 2, Pusat Perhubungan Alumni UPM dipertanggungjawabkan untuk memanfaatkan penggunakan kereta “Mini Moke Austin Morris” ini semasa Majlis dan Pesta Konvokesyen bermula 26 November ini.

Tarikh Input: 25/11/2022 | Kemaskini: 30/11/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaKAT~