MESYUARAT SERDANG SUN ISU 24 TAHUN 2023 KALI KEDUA | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MESYUARAT SERDANG SUN ISU 24 TAHUN 2023 KALI KEDUA

MESYUARAT SERDANG SUN ISU 24 TAHUN 2023 KALI KEDUA

Oleh : Suhadatul Fatonah Jusip@Jusop

Suntingan : Suziana Che Wil 

 

SERDANG, 13 September – Mesyuarat Majalah Alumni Serdang Sun Issue 24, 2023 kali kedua telah diadakan di Bilik Menara Warisan Budi, Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia pada jam 9.30 pagi. Mesyuarat kali ini membincangkan tentang isu-isu yang masih belum mendapat kata muktamad termasuklah bajet dan alumni-alumni UPM yang bakal dipaparkan di dalam majalah nanti.

 

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah, Pusat Perhubungan Alumni UPM, Encik Fahmi Azar Mistar, dan dihadiri oleh sidang editor Majalah Alumni Serdang Sun. Antara perkara lain yang turut dibincangkan termasuklah proses penulisan dan semakan draf. Mesyuarat tersebut ditangguhkan sehingga awal November dan selesai sekitar jam 11.30 pagi.

 

Serdang Sun merupakan Majalah Alumni UPM yang menjadi medium hebahan dimana kejayaan alumni dan perkongsian pengalaman serta aktiviti yang dijalankan oleh alumni UPM yang berjaya diluar sana dan juga yang masih berkhidmat di UPM. Majalah ini diterbitkan setiap tahun sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan kecemerlangan alumni UPM dengan harapan ia menjadi penyuntik semangat kepada para pelajar. Serdang Sun Issue 24, 2023 dijangka akan diedarkan pada awal tahun hadapan (2024).

 

Sehubungan dengan itu, Pusat Perhubungan Alumni UPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memastikan kelancaran penerbitan Majalah Alumni UPM Serdang Sun Issue 24, 2023.

Tarikh Input: 15/09/2023 | Kemaskini: 10/10/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcCA5~