Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

SERDANG - Kolej Pertanian Malaya (KPM) 1972 akan menyambut sambutan Jubli Emas 50 tahun kolejnya pada Julai depan. Sambutan yang akan menghimpunkan kesemua alumni KPM 1972 akan diadakan di kampus hijau UPM. Dijangkakan seramai hampir 100 orang alumni KPM'72 yang akan kembali ke UPM dalam rangka meraikan sambutan Jublli Emas 50 Tahun KPM.
Kepulangan para alumni ini amat dinanti-nantikan setelah sekian lama mereka meninggalkan dunia kampus dan kini kembali untuk mengimbau kenangan lama ketika UPM masih menggunakan nama Kolej Pertanian Malaya.

Pusat Perhubungan Alumni UPM selaku sekretariat bekerjasama dengan Persatuan Alumni UPM dalam merangka aktiviti dan perancangan rapi untuk menyambut kepulangan para alumni ini.
Sambutan ini juga seiring dengan sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021). Dalam usia 50 tahun UPM, pelbagai kejayaan yang telah diraih dalam membawa visi universiti iaitu menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.
Objektif utama dalam membawa pulang alumni ke alma mater juga adalah untuk sama-sama berkongsi dan bertukar ilmu dan kepakaran bersama pelajar UPM dan juga untuk sama-sama berkongsi pandangan dalam menyumbang kembali kepada alma mater.
Sumbangan yang bakal diberikan bakal memberi manfaat kepada pada pelajar UPM yang memerlukan terutamanya mereka daripada kalangan B40, asnaf dan juga pelajar Orang kelainan Upaya (OKU).
Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan selamat kembali ke kampus hijau UPM kepada semua alumni KPM'72.
Tarikh Input: 30/06/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | suziana.wil

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor