Serdang, 23 Jun 2025, Pusat Perhubungan Alumni UPM dengan penuh penghargaan menerima kehadiran LAr. Mohd Nazri Saidon, Ketua Jabatan Senibina Landskap yang juga merupakan alumni Tahun 2007, serta Dr. Mohd Fabian Hasna, alumni Tahun 2006 dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM dalam Mesyuarat Plak Nama Penyumbang Menara Putra Warisan Budi yang berlangsung pada 23 Jun 2025. Mesyuarat ini turut disertai oleh wakil daripada Persatuan Alumni UPM sebagai simbol kesatuan warga alumni dalam menjayakan inisiatif yang penuh bermakna ini.

Perbincangan mesyuarat memfokuskan kepada perincian reka bentuk serta lokasi strategik penempatan plak nama penyumbang yang akan dipamerkan di sekitar Menara Putra Warisan Budi — sebuah struktur ikonik yang menyemai nilai penghargaan terhadap sumbangan para alumni kepada universiti. Selain itu, aspek kelestarian landskap turut diberi perhatian dalam usaha memastikan persekitaran yang harmoni, beridentiti dan bersifat warisan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen UPM dalam menghargai jasa serta sokongan alumni, selain mengukuhkan kolaborasi erat antara fakulti, alumni dan Pusat Perhubungan Alumni. Semangat #BerilmuBerbakti terus menjadi teras kepada usaha membina kesinambungan warisan universiti untuk generasi akan datang.
Tarikh Input: 23/06/2025 | Kemaskini: 23/06/2025 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor