MESYUARAT PRA-BENGKEL TADBIR URUS & HALA TUJU YAYASAN PAK RASHID 2026 | Pusat Perhubungan Alumni alumni
» BERITA » MESYUARAT PRA-BENGKEL TADBIR URUS & HALA TUJU YAYASAN PAK RASHID 2026

MESYUARAT PRA-BENGKEL TADBIR URUS & HALA TUJU YAYASAN PAK RASHID 2026

Oleh: Nur Fazrini Alia Abd Majid 

Disunting oleh: Suziana Che Wil 


Serdang, 8 Januari 2026 – Mesyuarat Pra-Bengkel Tadbir Urus dan Hala Tuju Yayasan Pak Rashid 2026 telah berlangsung dengan jayanya, yang melibatkan wakil-wakil daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab Universiti Putra Malaysia serta alumni yang aktif menyumbang dalam gerak kerja yayasan. Mesyuarat ini memberi fokus kepada perancangan strategik, pemantapan kerangka tadbir urus, serta penetapan hala tuju Yayasan Pak Rashid bagi memastikan kelestarian dan impak jangka panjang program-program yang dijalankan.

Sepanjang perbincangan, para peserta menekankan kepentingan kerjasama antara pihak universiti dan alumni dalam usaha memperkukuh legasi yayasan. Wakil-wakil daripada Pejabat Bursar, Pejabat Naib Canselor, Institut Pertanian Tropika dan Sains Makanan, Persatuan Alumni UPM, serta Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia memberikan pandangan dan cadangan bernas bagi mempertingkatkan tadbir urus dan hala tuju yayasan.

Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia, selaku Sekretariat Yayasan Pak Rashid, menegaskan bahawa langkah awal ini menjadi asas kukuh untuk memperkasakan peranan yayasan pada masa hadapan. Dengan sokongan berterusan daripada universiti dan alumni, Yayasan Pak Rashid dijangka terus memberi impak positif kepada pembangunan komuniti akademik dan masyarakat secara menyeluruh.

Tarikh Input: 08/01/2026 | Kemaskini: 08/01/2026 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (10:16:30pm-10:21:30pm, 02 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]