Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 30 Mei - Mesyuarat pertama Sidang Editorial Majalah Alumni Serdang Sun bagi keluaran Edisi 25 tahun 2024 telah dilaksanakan di Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM). Pada mesyuarat kali ini, terdapat beberapa ahli sidang editorial yang baharu telah dilantik bagi membantu penerbitan pada edisi ini.
Sidang editorial adalah dari kalangan yang berpengalaman dalam sejarah UPM dan juga salah seorang alumni UPM yang ingin kembali berbakti kepada alma mater. Penerbitan majalah ini juga dibantu oleh Persatuan Alumni UPM yang bersama-sama mengumpulkan maklumat Alumni UPM di dalam dan di luar negara.
Mesyuarat pertama ini telah menghasilkan pelbagai cadangan yang menarik daripada ahli-ahli sidang editorial bagi menjamin keterlihatan dan keberkesanan terbitan majalah alumni pada tahun 2024.
Majalah Serdang Sun merupakan medium utama untuk menghebahkan maklumat dan perkembangan terkini berkaitan alumni Universiti Putra Malaysia (UPM). Setiap tahun, majalah ini menyajikan pelbagai cerita dan maklumat yang relevan kepada alumni melalui empat seksyen utamanya iaitu Features, Contributions, Campus Portraits, dan Highlights.
Secara keseluruhan, Serdang Sun memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan antara alumni dan universiti, sambil menyediakan platform untuk berkongsi inspirasi dan aspirasi alumni UPM.
Semoga penerbitan majalah Alumni Serdang Sun edisi 25 tahun 2024 dapat diterbitkan seperti yang dirancang.
-akan dikemaskini-
Tarikh Input: 25/06/2024 | Kemaskini: 02/07/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor