MESYUARAT PERTAMA MAJALAH ALUMNI SERDANG SUN EDISI 26 TAHUN 2025 | Pusat Perhubungan Alumni alumni
» BERITA » MESYUARAT PERTAMA MAJALAH ALUMNI SERDANG SUN EDISI 26 TAHUN 2025

MESYUARAT PERTAMA MAJALAH ALUMNI SERDANG SUN EDISI 26 TAHUN 2025

Oleh: Nur Fazrini Alia Abd Majid 

Disunting oleh: Suziana Che Wil 

Serdang, 29 September – Pusat Perhubungan Alumni, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Mesyuarat Pertama bagi penerbitan Majalah Alumni Serdang Sun Edisi ke-26 Tahun 2025 pada 29 September 2025. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, YBrs. Dr. Muhammad Mu’az Mahmud.

Mesyuarat kali pertama ini diadakan bagi membincangkan tema utama serta hala tuju penerbitan Majalah Alumni Serdang Sun Edisi ke-26, yang dijangka menampilkan pelbagai kisah kejayaan dan pencapaian membanggakan alumni Universiti Putra Malaysia. Perbincangan turut menyentuh aspek pengisian kandungan, reka bentuk, dan strategi penyampaian agar majalah tersebut kekal relevan serta menarik minat pembaca daripada pelbagai latar belakang alumni.

Pusat Perhubungan Alumni UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli sidang editorial Majalah Alumni Serdang Sun lantikan tahun 2025 atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan penerbitan kali ini.

Kesimpulannya, mesyuarat ini menjadi langkah awal yang penting dalam memastikan kesinambungan penerbitan Majalah Alumni Serdang Sun sebagai wadah utama perkongsian maklumat, penghargaan dan inspirasi alumni UPM. Diharapkan kerjasama yang terjalin antara pasukan editorial dan pihak pengurusan alumni akan terus subur dalam mengangkat nama Universiti Putra Malaysia di persada nasional dan antarabangsa melalui penerbitan Serdang Sun yang berkualiti dan berimpak tinggi.

Tarikh Input: 24/10/2025 | Kemaskini: 08/12/2025 | ainnanabilah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (07:44:24pm-07:49:24pm, 09 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]