Oleh: Husna Shafiyah binti Hishamuddin
Disunting oleh: Suziana binti Che Wil
SERDANG, 9 April 2026 — Satu mesyuarat perbincangan bagi persediaan Sambutan Hari Alumni UPM yang dijadualkan berlangsung pada 21 Mei 2026 telah berjaya diadakan di Bilik Menara Warisan Budi, Pusat Perhubungan Alumni, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Mesyuarat ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk wakil daripada Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM, kolej-kolej kediaman serta Persatuan Alumni UPM. Sesi ini bertujuan memperkukuh kerjasama dan penyelarasan antara semua pihak bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan program tersebut.
Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk usaha memperkenalkan tokoh Pak Rashid kepada pelajar UPM, khususnya dalam meningkatkan kesedaran terhadap sumbangan dan legasi beliau kepada universiti. Selain itu, cadangan penjenamaan semula Bangunan TNCPI kepada Bangunan Rashdan Baba turut diketengahkan sebagai sebahagian usaha memelihara warisan institusi serta memperkukuh identiti universiti.
Mesyuarat ini juga menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi idea dan menyelaraskan strategi dalam merangka program yang bermakna serta inklusif, melibatkan pelajar dan alumni. Penekanan turut diberikan kepada usaha memperkukuh hubungan antara universiti dan jaringan alumni melalui penganjuran aktiviti berimpak tinggi.
Secara keseluruhannya, mesyuarat ini merupakan langkah penting dalam memastikan Sambutan Hari Alumni UPM dilaksanakan dengan jayanya, di samping memperkukuh kerjasama dan memupuk semangat kebersamaan dalam komuniti universiti.

Tarikh Input: 13/04/2026 | Kemaskini: 13/04/2026 | suziana.wil

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor