MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN ANUGERAH KUALITI DAN PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN SEMPENA (HKIP) UPM TAHUN 2023/2024 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN ANUGERAH KUALITI DAN PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN SEMPENA (HKIP) UPM TAHUN 2023/2024

MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN ANUGERAH KUALITI DAN PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN SEMPENA (HKIP) UPM TAHUN 2023/2024

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG, 4 Sept - Mesyuarat untuk pelarasan pelaksanaan Anugerah Kualiti dan Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran 2023/2024 ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Warisan Budi, Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar dan dihadiri oleh kesemua staf ARCUPM adalah untuk melihat kembali fasa dan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk menghadapi HKIP 2023/2024 yang akan dinilai pada pertengahan tahun hadapan (2024). 

Jika dirangkum pencapaian pada tahun lepas, ARCUPM mempunyai kedudukan yang agak baik dari segi penarafan bintang dan bagi tahun 2023/2024 adalah tahun yang lebih mencabar kerana satu penanda aras hasil kejayaan tahun lepas perlu dikekalkan dan perlu ditambah baik. 

Komitmen para staf termasuk pengurusan sekali lagi dituntut untuk sekali lagi ARCUPM melakar nama pada HKIP kali ini. Menurut Encik Fahmi, kejayaan ini akan terhasil daripada kerja berpasukan. Ianya bukan kerja individu, setiap staf perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan ARCUPM sekali lagi melakar kejayaan pada kali ini. 

Pada perjumpaan itu juga, jawatankuasa utama yang bertanggungjawab dalam memastikan HKIP kali ini berjaya turut diingatkan agar sentiasa memastikan setiap KPI dan penetapan markah yang telah digariskan diikut dengan sebaiknya. 

HKIP kali ini dijangka lebih sengit kerana setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) berpeluang untuk menjadi yang terbaik pastinya PTj yang sebelum ini pernah meraih kejayaan menjadi tanda aras kepada PTj untuk sama-sama bersaing pada HKIP kali ini. 

ARCUPM sentiasa komited dalam memberikan hasil yang terbaik dan setiap kejayaan itu datangnya satu kerja berpasukan yang tinggi dan sama-sama menggalas tangungjawab masing-masing dengan sebaiknya. 

 

 

 

Tarikh Input: 07/09/2023 | Kemaskini: 24/10/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcWAw~