Mesyuarat Penerbitan “Coffee Table Book” Kali Kedua 2024 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Mesyuarat Penerbitan “Coffee Table Book” Kali Kedua 2024

Mesyuarat Penerbitan “Coffee Table Book” Kali Kedua 2024

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan: Suziana Che Wil

 

Serdang, 4 Jun - Mesyuarat Penerbitan ‘Coffee Table Book’ telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM). Mesyuarat pada kali ini turut melibatkan kesemua ahli sidang editorial “Coffee Table Book” tahun 2024. 

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah ARCUPM, Dr. Mohd Mokrish Md. Ajat dan turut hadir beberapa staf ARCUPM yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa penerbitan buku ini. Pada mesyuarat itu itu diingatkan supaya semua pihak memberikan komitmen yang baik dalam memastikan kelancaran penerbitan buku ini.    

Mesyuarat kali ini turut untuk membincangkan mengenai progres penulisan bahan-bahan daripada penulis yang telah diberikan setiap satu bab dengan pasukan masing-masing. Proses pengumpulan bahan untuk terbitan buku ini adalah hasil daripada gambar lama dan temubual yang telah dibuat. 

 

Dalam memastikan keterlibatan alumni, terdapat beberapa orang alumni yang terlibat dalam penghasilan buku ini. ARCUPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada alumni dan semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung. 

Semoga proses penerbitan buku ini berjalan lancar seperti yang dirancang dan dapat diterbitkan pada tahun ini.  

Tarikh Input: 25/06/2024 | Kemaskini: 27/06/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (04:38:18am-04:43:18am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]