Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 22 Ogos - Telah berlangsung Mesyuarat Pemilihan Anugerah Alumni 2024 sempena Majlis Makan Malam Amal Sirih Pulang Ke Gagang@Homecoming XII 2024 di Bilik Menara Warisan Budi, Pusat Perhubungan Alumni UPM.
Pemilihan ini melibatkan kategori Anugerah Mutiara Alumni, Anugerah Perkasa Alumni, Anugerah Bakti Alumni, Anugerah Jasa Alumni, Anugerah Apresiasi Alumni dan juga Anugerah Alumni Antarabangsa.
Mesyuarat pemilihan yang telah dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM), YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad. Turut hadir Timbalan Pengarah ARCUPM, YBrs. Dr. Mokrish Md Ajat. Manakala para panel penilai yang terlibat terdiri daripada Dato' Raihan Sharif, Dr. Ibrahim Mohamed, Prof. Madya Dr. Bany Ariffin Amin Noordin dan Hj. Wan Ali Wan Ab Rahman. Turut serta selaku sekretariat Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang@Homecoming kali ke-12, Cik Sara Hazeqqa Johari dan Puan Sahira Faghira Tahrir Adli selaku Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Alumni 2024.
Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam melancarkan urusan pemilihan calon penerima anugerah.
Tarikh Input: 30/08/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor