Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil

Serdang, 2 Julai - Pusat Perhubungan Alumni bersama Parlimen Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Pelarasan Program Tracing Alumni For Collaboration and Engagement (TRACE)@Parlimen Malaysia di Parlimen Malaysia.
Program ini bertujuan untuk mengemaskini maklumat terkini alumni dalam kalangan pemimpin negara dan pegawai tertinggi Parlimen Malaysia, serta mempromosikan Majlis Makan Malam Amal Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming XII tahun 2024.

ARCUPM melalui data yang diperoleh menunjukkan ramai dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta Pegawai Tinggi Parlimen merupakan alumni UPM. Diharapkan melalui program ini dapat menjalinkan ukhwah dan kerjasama yang lebih kukuh pada masa hadapan dalam usaha memartabatkan budaya ‘cintakan ilmu’ dan ‘belajar hingga ke menara gading’.
Kami ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Parlimen Malaysia yang sudi bekerjasama dalam usaha murni ini.
-akan dikemaskini-
Tarikh Input: 05/07/2024 | Kemaskini: 12/09/2024 | shahirahalia

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor