Mesyuarat Malam Tautan Nostalgia Alumni (Matna) Seri Kedua - Malam Alumni Kijang Mas | Pusat Perhubungan Alumni alumni
» BERITA » Mesyuarat Malam Tautan Nostalgia Alumni (Matna) Seri Kedua - Malam Alumni Kijang Mas

Mesyuarat Malam Tautan Nostalgia Alumni (Matna) Seri Kedua - Malam Alumni Kijang Mas

Oleh: Nur Fazrini Alia Binti Abd Majid
Suntingan: Ahmad Amirul Alias

Serdang, 8 September – Selepas kejayaan penganjuran Malam Puisi Alumni, tumpuan kini beralih kepada program seterusnya iaitu Malam Alumni Kijang Mas, di bawah siri kedua Malam Tautan Nostalgia Alumni (MATNA).

Bagi membincangkan perancangan awal serta merangka konsep program, mesyuarat pertama telah diadakan dengan penyertaan pelbagai pihak, antaranya Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM, Persatuan Alumni UPM, Kijang Mas, dan Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM).

Antara yang hadir dalam mesyuarat ini ialah Tuan Haji Wan Ali W. Ab Rahman (Pengurus Persatuan Alumni UPM), Tuan Mohamad Suhaimi Che Darus (Wakil Kijang Mas), Tuan Nik Mohamad Ridhwan bin Nik Nasrudin (Wakil BHEP UPM), Dr. Muhammad Mu’az bin Mahmud (Timbalan Pengarah ARCUPM), serta kakitangan Pusat Perhubungan Alumni UPM.

Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk berkongsi idea, pandangan dan cadangan bagi memastikan Malam Alumni Kijang Mas dapat dianjurkan dengan lebih berkesan, bermakna, dan memberi impak positif kepada seluruh warga alumni UPM. Perbincangan turut menyentuh tentang penyediaan tentatif program serta perkara-perkara teknikal lain yang berkaitan dengan kelancaran penganjuran.

Secara keseluruhan, mesyuarat ini diharap dapat membuka ruang kerjasama erat antara pihak universiti, alumni, dan Kijang Mas dalam memastikan MATNA siri kedua menjadi acara yang penuh bermakna dan meninggalkan kenangan indah buat para alumni.

Tarikh Input: 17/10/2025 | Kemaskini: 17/10/2025 | ainnanabilah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (09:29:28pm-09:34:28pm, 25 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]