Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil

SERDANG, 5 Jun 2024 - Mesyuarat Malam Alumni Universiti Awam, (MAL ‘23) telah berlangsung secara atas talian. Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM, selaku Pusat Tanggungjawab (PTj) yang mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM), telah terlibat sama dalam Mesyuarat tersebut.
Malam Alumni Universiti Awam ini bakal diadakan buat julung kalinya tahun ini (2024). Malam Alumni Universiti Awam merupakan majlis makan malam yang akan menghimpunkan para alumni dari 20 Universiti Awam seluruh Malaysia. Perhimpunan ini akan turut membincangkan dan memperhalusi pelbagai agenda untuk memperkukuhkan peranan alumni Universiti Awam di seluruh Malaysia.
Program ini bakal diadakan di Melaka bersempena sambutan bulan kemerdekaan. Terdahulu, majlis ini juga akan mengangkat alumni-alumni Universiti Awam yang telah banyak memberi khidmat bakti dan jasa kepada alma mater masing-masing.
Ini adalah sebahagian daripada agenda keterlihatan alumni bagi memberi semangat kepada alumni-alumni yang lain untuk turut serta menjadi alumni yang memainkan peranan untuk kecemerlangan alma mater tercinta.

Meskipun kesedaran pentingnya peranan alumni dalam membawa agende kecemerlangan Universiti bagi universiti tempatan masih jauh jika hendak dibandingkan dengan alumni universiti luar negara, tetapi sekurang-kurangnya alumni di sini tidak meninggalkan terus alma mater setelah bergraduat.
UPM sendiri sudah mempunyai ratusan ribu alumni yang telah berjaya bergraduat dan berjaya dalam bidang masing-masing di luar sana. Jadi ‘kepulangan’ alumni ini ke alma mater sangat dialu-alukan. Khidmat bakti tidaklah bertumpu kepada kewangan semata-mata, tetapi juga perkongsian kejayaan para alumni menjadi satu suntikan semangat kepada para pelajar untuk terus berjaya dalam bidang masing-masing.
Tarikh Input: 27/06/2024 | Kemaskini: 27/06/2024 | shahirahalia

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor