OLEH : Anis Hannani
SUNTINGAN : Amanpreet Kaur
Putrajaya, 13 Januari - Mesyuarat Majlis Alumni Universiti Awam (MALUMNI) Bil. 1/2025 telah berlangsung dengan jayanya hari ini di Bilik Mesyuarat Ibn Hazm 1, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Putrajaya.
Mesyuarat ini membincangkan pelbagai agenda penting, antaranya pengesahan minit mesyuarat terdahulu, laporan kewangan, pembentangan usul, dan kertas kerja program. Diskusi yang konstruktif ini turut memberi tumpuan kepada langkah-langkah strategik dalam memperkukuh peranan alumni bagi menyokong pembangunan pendidikan tinggi negara.
Selain itu, mesyuarat turut membuka ruang kepada ahli untuk mengemukakan cadangan baharu, khususnya inisiatif dan program yang dapat mengukuhkan hubungan antara alumni dan institusi pengajian tinggi. Pendekatan ini diharapkan dapat menyumbang kepada usaha membina jaringan alumni yang lebih dinamik dan menyeluruh.
Komitmen para ahli MALUMNI yang hadir mencerminkan usaha kolektif dalam memacu kecemerlangan institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.
Tarikh Input: 25/03/2025 | Kemaskini: 28/03/2025 | amanpreet

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor