Serdang 7 April 2025, Mesyuarat kali kedua mengenai penambahbaikan landskap Menara Putra Warisan Budi UPM telah berlangsung dengan jayanya. Mesyuarat yang diadakan di Bilik Menara Putra Warisan Budi, ARCUPM ini bertujuan untuk membincangkan langkah-langkah dan perancangan untuk fasa pertama penambahbaikan landskap yang bakal memberi impak besar kepada persekitaran dan suasana di kawasan Menara Putra Warisan Budi.

Kami turut berbesar hati menerima kehadiran Prof. Madya Dr. Shureen Faris Abdul Shukor, Ketua Jabatan Senibina Landskap, serta Dr. Mohd Fabian Hasna, Presiden KASEL UPM yang telah memberikan sumbangan besar dalam perbincangan dan perancangan penambahbaikan landskap Menara Putra Warisan Budi UPM.

Mesyuarat ini telah membincangkan mengenai penambahbaikan landskap Menara Putra Warisan Budi UPM, khususnya untuk fasa pertama, yang melibatkan perancangan dan pelaksanaan langkah-langkah awal bagi mempertingkatkan suasana persekitaran yang lebih hijau dan mesra pengguna.

Tarikh Input: 27/05/2025 | Kemaskini: 27/05/2025 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor