MESYUARAT KERJASAMA STRATEGIK ANTARA UPM DAN QSR BRANDS MALAYSIA | Pusat Perhubungan Alumni alumni
» BERITA » MESYUARAT KERJASAMA STRATEGIK ANTARA UPM DAN QSR BRANDS MALAYSIA

MESYUARAT KERJASAMA STRATEGIK ANTARA UPM DAN QSR BRANDS MALAYSIA

Serdang, 20 Jun 2025, Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan hormat daripada wakil QSR Brands Malaysia dalam satu sesi perbincangan yang bertujuan meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Pertemuan ini menjadi langkah awal dalam usaha memperkukuh hubungan antara institusi akademik dan industri melalui inisiatif yang menyokong pembangunan alumni serta kesejahteraan mahasiswa UPM.

Perbincangan yang berlangsung secara harmoni dan konstruktif ini membuka peluang kepada pelbagai bentuk kolaborasi yang berpotensi memberi impak tinggi kepada komuniti universiti. Antara fokus utama termasuklah penglibatan alumni dalam pembangunan program bersama industri, sokongan terhadap kebajikan pelajar serta pelaksanaan projek sosial yang berdaya saing dan lestari.

Pusat Perhubungan Alumni UPM berharap agar pertemuan ini menjadi pemula kepada hubungan strategik jangka panjang yang akan terus memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, sekali gus memperkukuh lagi kedudukan UPM sebagai universiti bereputasi global yang sentiasa menjalin kerjasama erat bersama sektor industri.

Tarikh Input: 23/06/2025 | Kemaskini: 23/06/2025 | ahmadamirul

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (08:50:25pm-08:55:25pm, 16 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]