Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 20 September - Mesyuarat kedua ahli sidang editorial Majalah Alumni Serdang Sun bagi Isu ke-25 Tahun 2024 telah diadakan dengan lancar di Pusat Perhubungan Alumni, Universiti Putra Malaysia (UPM). Perbincangan yang berlangsung menyentuh pelbagai aspek penting, termasuk kandungan, susun atur, dan strategi penerbitan bagi memastikan majalah ini dapat memenuhi ekspektasi pembaca dan mempamerkan pencapaian cemerlang alumni UPM.
Dengan sokongan dan kerjasama padu daripada semua pihak yang terlibat, diharapkan majalah ini dapat diterbitkan dengan jayanya serta segala proses dan urusan berkaitan berjalan lancar seperti yang dirancang.
Semoga Majalah Alumni Serdang Sun terus menjadi platform berprestij yang menghubungkan alumni dan universiti.
-akan dikemaskini-
Tarikh Input: 30/09/2024 | Kemaskini: 30/09/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor