MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM MEKAR SIRI 15: CHAPTER CYPERUS '92 BIL 1/2023 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM MEKAR SIRI 15: CHAPTER CYPERUS '92 BIL 1/2023

MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM MEKAR SIRI 15: CHAPTER CYPERUS '92 BIL 1/2023

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG, 6 SeptMesyuarat Program MEKAR Siri 15 telah berlangsung di Pusat Perhubungan Alumni, Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) yang dipengerusikan oleh Puan Aida Fitri Peli, Penolong Pendaftar ARCUPM.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh beberapa pegawai dan staf ARCUPM yang juga merupakan ahli jawatakuasa tetap program MEKAR. Mesyuarat berjalan lancar dengan pembahagian tugas kepada setiap ahli jawatankuasa. Sebagai usaha menyempurnakan dan melangsungkan program ini, pihak jawatankuasa MEKAR berkumpul dan bermesyuarat bagi menyusun dan menyelaraskan tugas masing-masing untuk kelancaran program.

Tujuan utama mesyuarat ini diadakan bagi memaklumkan pergerakan program dan semua ahli jawatankuasa perlu mengambil maklum mengenai tugas masing-masing bagi melancarkan perjalanan program kelak. Perancangan awal program Mekar Siri 15 ini pada Oktober 2023, tetapi ditangguhkan pada Disember 2023.  

Selain itu, turut diselitkan mesyuarat untuk program Mekar 14 yang berlangsung lebih awal iaitu pada 21 September 2023. Semua ahli jawatankuasa mengambil maklum dan bersedia dengan persiapan bagi melancarkan program ini yang akan berlangsung di Dewan Putra Pusat Kokurikulum Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM yang melibatkan lebih kurang 38 orang alumni daripada Diploma Sains dengan Pendidikan 1973/74.

Program (MEKAR) merupakan program pertemuan semula kumpulan alumni UPM daripada pelbagai kelas, program dan batch. Program ini memberi seribu makna pada alumni-alumni yang lama tidak berjumpa serta boleh mengubat rindu mereka pada tempat di mana mereka bersama-sama menimba ilmu. Selain itu, program ini juga dilihat mampu menjadi satu platform untuk para alumni berkumpul dan berdiskusi untuk sama-sama kembali menyumbang kepada UPM.

Pihak ARCUPM amat mengalu-alukan 'kepulangan' alumni yang ingin membuat reunion atau perjumpaan semula yang boleh memutar kembali memori-memori lama tersimpan dan ingin berkumpul bagi mengeratkan silaturahim.

Tarikh Input: 07/09/2023 | Kemaskini: 13/10/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcSAK~