MESYUARAT JAM MENARA PUTRA WARISAN BUDI UPM DAN KARNIVAL PERPADUAN UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MESYUARAT JAM MENARA PUTRA WARISAN BUDI UPM DAN KARNIVAL PERPADUAN UPM

MESYUARAT JAM MENARA PUTRA WARISAN BUDI UPM DAN KARNIVAL PERPADUAN UPM

OLEH : Anis Hannani
SUNTINGAN : Amanpreet Kaur


Serdang, 14 Februari -
Mesyuarat Jam Menara diadakan untuk membincangkan strategi dan inisiatif bagi meningkatkan pendanaan demi pembangunan Jam Menara UPM, simbol warisan dan kebanggaan universiti. Perbincangan ini bertujuan memperkukuh visi dan matlamat pemeliharaan serta penambahbaikan menara bersejarah ini.

Sementara itu, mesyuarat mengenai Karnival Perpaduan bertujuan merancang pelbagai aktiviti menarik sempena acara tersebut, yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara alumni, pesara UPM, serta masyarakat umum. Karnival ini juga bertujuan untuk menarik semula alumni dan pesara UPM untuk kembali ke kampus dan memperbaharui ikatan silaturahim mereka dengan alma mater.

Mesyuarat ini melibatkan perbincangan bersama ahli-ahli utama dari Persatuan Al-Putra, Persatuan Alumni UPM, Pejabat TNC HEPA, Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) UPM, dan Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM). Antara yang hadir dalam mesyuarat ini adalah YBhg. Tan Sri Datuk Seri (Dr.) Hj. Mazlan bin Lazim, Dato’ Raihan Shariff, Prof. Madya Dr. Hizmawati Madzin dan Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, yang telah memberikan pandangan bernas untuk memastikan kejayaan kedua-dua inisiatif ini.

Tarikh Input: 25/03/2025 | Kemaskini: 28/03/2025 | amanpreet

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (04:54:38am-04:59:38am, 24 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]