Mesyuarat Jalinan Kerjasama ARCUPM Dan PSPK Sempena Sambutan Jubli Emas KPM 1972 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Mesyuarat Jalinan Kerjasama ARCUPM dan PSPK Sempena Sambutan Jubli Emas KPM 1972

Mesyuarat Jalinan Kerjasama ARCUPM dan PSPK Sempena Sambutan Jubli Emas KPM 1972

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

SERDANG -  Satu perbincangan antara Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) dan Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM (PSPK) telah diadakan di pejabat Pengarah PSPK, YBhg Prof. Madya Dr. Azmawani Abd Rahman. Turut hadir dalam perbincangan itu, YBhg. Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud, Pengarah ARCUPM. 

Perbincangan ini adalah dalam usaha memastikan perjalanan program Menggamit Seribu Kenangan Alumni Reunion (MEKAR) Siri 10 berjalan lancar. PSPK yang bertindak sebagai rakan kerjasama dalam program ini bertindak sebagai media rasmi dalaman dalam membuat liputan daripada fotografi dan juga rakaman sepanjang program ini berlangsung dari 4 hingga 6 Julai 2022. 

Selain PSKP, rakan kerjasama dalam menjayakan program ini juga adalah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Bahagian Keselamatan Universiti (BKU), pihak edu-park, Putra Science Park, KMR One Putra Residence dan juga Kompleks Latihan Mardi. 

Pelbagai program telah dirancang dalam menjadikan program MEKAR Siri 10 ini meninggalkan kenangan indah kepada para alumni KPM 1972 dalam mereka meraikan sambutan Jubli Emas 50 Tahun penubuhannya. 

Kira-kira 100 orang alumni KPM 1972 akan bersama-sama dalam program ini dan pastinya ini bukanlah satu program yang biasa. Selaku tuan rumah yang bakal menerima 'kepulangan' alumni nya yang telah lama meninggalkan ini, satu perancangan rapi perlu dilakukan. 

Pihak penganjur bersama iaitu ARCUPM mengambil tanggungjawab ini untuk bersama-sama memberikan satu kenangan yang indah untuk para alumni KPM 1972 yang bakal berkampung selama tiga hari dua malam di Universiti Putra Malaysia. 

Pusat Perhubungan Alumni UPM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh warga UPM yang memberikan kerjasama dalam usaha melancarkan program yang bakal berlangsung nanti. 

 

 

 

Tarikh Input: 30/06/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdOAH~