Mesyuarat Dan Perjumpaan Bersama Pengarah Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Mesyuarat dan Perjumpaan Bersama Pengarah Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM)

Mesyuarat dan Perjumpaan Bersama Pengarah Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM)

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 1 MAC – Sesi bersama Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah berlangsung dengan lancarnya. Perjumpaan untuk meneliti dan memperhalusi setiap aktiviti, program dan pencapaian sepanjang Sukuan Tahun Pertama telah dilakukan. 

Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk melihat semula setiap perancangan yang telah ditetapkan untuk sepanjang tahun 2022 dan khususnya untuk sukuan pertama ini berada pada hala tuju yang tepat dan tidak tersasar jauh daripada perancangan sebenar. 

Mesyuarat dan perjumaan ini dihadiri oleh Pengarah ARCUPM, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar, Penolong Pendaftar ARCUPM, Puan Nik Hafzaini Nik Hassan dan ke semua staf ARCUPM. 

Perjumpaan yang berlangsung hampir dua jam itu turut diselitkan dengan amanat daripada Pengarah ARCUPM yang inginkan Pusat Perhubungan Alumni sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab yang sentiasa memberi khidmat bakti yang terbaik kepada Universiti dengan mendukung dan menyokong setiap hasrat daripada Ybhg Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Roslan Sulaiman, terutamanya dalam merealisasikan Aspirasi ke 11 Naib Canselor iaitu Melibatsama Alumni Untuk Kelangsungan Universiti. 

Secara keseluruhannya ARCUPM selaku PTJ yang menjadi jambatan antara alumni dan Universiti sentiasa seiring dengan misi dan visi UPM untuk terus menyebarkan maklumat yang akhirnya membawa jalinan kerjasama erat antara Alumni dan Univerisiti. 

Slogan Daripada Alumni Kepada UPM akan terus disuburkan dengan pelbagai program yang telah dan akan dijalankan dalam bersama menggema Seruan Al-Falah Dari Menara Ilmu. 

Tarikh Input: 18/03/2022 | Kemaskini: 07/04/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEZUAf~