Oleh: Nur Fazrini Alia Binti Abd Majid
Disunting oleh: Suziana Che Wil
Serdang, 30 Oktober - Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) telah mengadakan satu sesi perjumpaan bersama Tuan Haji Haris Dahlan, Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) UPM, bagi membincangkan pelaksanaan program-program utama anjuran ARCUPM.
Perbincangan yang diadakan dalam suasana mesra dan harmoni ini memberi tumpuan kepada dua acara besar yang bakal berlangsung, iaitu Malam Alumni Kijang Mas pada 15 November 2025 dan Malam Alumni Borneo pada 16 November 2025. Kedua-dua program ini merupakan platform penting dalam menghimpunkan alumni dari pelbagai latar belakang bidang bagi memperkukuh jaringan silaturahim serta semangat kebersamaan dalam komuniti alumni UPM.

Pihak ARCUPM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada WAZAN UPM atas kesediaan dan komitmen dalam menyokong usaha memperkukuh hubungan strategik ini. Secara keseluruhannya, mesyuarat ini bukan sahaja membuka ruang kolaborasi antara ARCUPM dan WAZAN dalam penganjuran program alumni, malah turut memperkukuh hubungan dua hala yang berteraskan nilai kebersamaan, kebajikan dan semangat Berilmu Berbakti demi manfaat warga UPM dan komuniti alumni keseluruhannya.
Tarikh Input: 03/11/2025 | Kemaskini: 03/11/2025 | ainnanabilah

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor