Oleh: Nur Fazrini Alia Binti Abd Majid
Disunting oleh: Suziana Che Wil

Serdang, 27 September – Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM) Kali ke-54 Tahun 2025 telah menghimpunkan warga Alumni Putra dalam satu majlis penuh bermakna yang diadakan di Auditorium Rashdan Baba, Tingkat 3, Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM.
Majlis yang berlangsung pada hari Sabtu, 27 September 2025 itu bermula seawal pukul 9.00 pagi dengan ucaptama oleh Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, bertajuk “Alumni UPM: Sentiasa Berilmu Berbakti.” Dalam sesi tersebut, beliau berkongsi visi serta aspirasi universiti selain mempersembahkan beberapa tawaran istimewa kepada Alumni UPM sebagai tanda sokongan berterusan universiti terhadap komuniti alumninya.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, antaranya:

Penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan ini bukan sekadar platform rasmi bagi membincangkan agenda dan perjalanan persatuan, tetapi turut menjadi wadah pertemuan semula antara alumni pelbagai generasi untuk memperkukuh silaturahim serta semangat kebersamaan sebagai warga UPM.
Secara keseluruhannya, majlis ini berjaya menonjolkan komitmen PAUPM dalam memperkasa peranan alumni sebagai rakan strategik universiti, seiring dengan semangat tema “Alumni UPM: Sentiasa Berilmu Berbakti.” Kehadiran dan sokongan berterusan alumni membuktikan kekuatan komuniti Putra yang terus menyumbang kepada kecemerlangan universiti tercinta.
Tarikh Input: 24/10/2025 | Kemaskini: 08/12/2025 | ainnanabilah

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor