Menggamit Kenangan Alumni Reunion (MEKAR) Siri Ke-18: Reunion Class Of AgriSc. 94’ | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Menggamit Kenangan Alumni Reunion (MEKAR) Siri ke-18: Reunion Class of AgriSc. 94’

Menggamit Kenangan Alumni Reunion (MEKAR) Siri ke-18: Reunion Class of AgriSc. 94’

Oleh: Nur Sara Hazeqqa Johari

Suntingan: Suziana Che Wil

SERDANG, 17 FebProgram MEKAR Siri 18: Reunion Class Of AgriSc 94' dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni UPM telah berlangsung di Balai Minda, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS).

Menerusi program ini Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah berjaya menghimpunkan seramai 22 alumni yang terdiri daripada bekas pelajar Bacelor Sains Pertanian Kelas 1994.  

Program ini diketuai oleh Tuan Haji Mat Amin yang juga penaja biasiswa Agrisc’ 94. Beliau sangat aktif dalam setiap program yang membabitkan alumni, pelajar dan Universiti. Perhimpunan ini juga antara inisiatif beliau untuk sama-sama mengajak rakan daripada batch Bacelor Sains 1994 untuk berkumpul bertukar idea, pandangan dan sekaligus mengambil tahu mengenai perkembangan alma mater mereka. 

MEKAR secara signifikannya telah menjadi satu platform kepada alumni UPM untuk berkumpul dan kembali ke kampus. Sebelum ini kumpulan pelajar dari zaman Kolej Pertanian Malaya (KPM) turut mengadakan program yang sama dan hasilnya mereka dapat mengumpul sejumlah wang untuk disumbangkan kepada bantuan kewangan pelajar. Sumbangan ini berfokus kepada pelajar daripada kategori asnaf, B40 dan pelajar kelainan upaya (OKU). 

Selain itu, hasil kebersamaan alumni dalam membantu pelajar, sumbangan peranti juga telah berjaya direalisasikan dibawah Program Heart2Heart (H2H). Ini adalah untuk membantu pelajar dengan pemberian komputer riba. Diharapkan lebih ramai lagi alumni diluar sana yang turut sama menyumbang kembali kepada universiti tidak kira dalam apa bentuk sumbangan. 

ARCUPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada alumni Bacelor Sains Pertanian Kelas 1994 atas kesudian untuk melaksanakan program ini bersama. Budayakan semangat memberi untuk bersama membina bangsa yang berilmu dan berdaya tahan mendepani cabaran mendatang.

 

Tarikh Input: 19/02/2024 | Kemaskini: 29/03/2024 | hazeqqa

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcHAr~