SERDANG, 22 Ogos 2026 – Menara Jam Warisan Budi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi lokasi pelepasan dan penamat bagi acara Larian Merentas Desa anjuran Sekolah Methodist Wesley (Menengah) yang berlangsung pada 22 Ogos 2026.
Seawal jam 6.30 pagi, kawasan sekitar Menara Jam Warisan Budi mula dipenuhi para pelajar dan guru yang hadir bagi membuat persiapan sebelum acara larian dimulakan. Kehadiran warga sekolah turut menghidupkan suasana di sekitar mercu tanda berkenaan.
Penganjuran aktiviti sukan dan komuniti di Menara Jam Warisan Budi dilihat sebagai satu inisiatif positif dalam mengimarahkan kawasan tersebut serta membuka ruang kepada komuniti untuk memanfaatkan lokasi berkenaan bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti yang bersesuaian.
Selain menjadi salah satu mercu tanda UPM, Menara Jam Warisan Budi turut mempunyai potensi untuk dimanfaatkan sebagai lokasi pelaksanaan aktiviti yang dapat menghubungkan universiti dengan komuniti luar secara lebih dekat.
Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM), selaku entiti yang mengurus kendali Menara Jam Warisan Budi, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sekolah Methodist Wesley (Menengah) atas pemilihan lokasi tersebut sebagai tempat pelepasan dan penamat acara.
ARCUPM turut mengalu-alukan sekolah, institusi, organisasi serta pihak berkepentingan yang berminat untuk mengadakan aktiviti yang bersesuaian dan memberi manfaat bersama di Menara Jam Warisan Budi.
Usaha menghidupkan dan memanfaatkan ruang awam di sekitar mercu tanda ini diharapkan dapat diteruskan secara berterusan, sekali gus menjadikan Menara Jam Warisan Budi sebagai salah satu lokasi yang aktif dalam menyokong aktiviti komuniti dan hubungan universiti dengan masyarakat.
Tarikh Input: 27/08/2026 | Kemaskini: 27/08/2026 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor