MEKAR Siri 22: 6th Reunion Alumni KPM 73 & Intake 1970 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MEKAR Siri 22: 6th Reunion Alumni KPM 73 & Intake 1970

MEKAR Siri 22: 6th Reunion Alumni KPM 73 & Intake 1970

Oleh: Shahirah Alia 

Suntingan: Suziana Che Wil

 

Hulu Langat, 19 OgosTelah berlangsung Program Menggamit Seribu Kenangan Alumni Reunion (MEKAR) Siri 22 di Kebun Cantik, Hulu Langat, Selangor. Program yang dianjurkan oleh alumni Kolej Pertanian Malaya (KPM 73) dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM). Program ini bertujuan untuk mengumpulkan semula alumni bagi mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan jaringan antara mereka serta alma mater.

Program ini diketuai oleh Tuan Haji Muhammad Jusri Abdul Aziz telah berjaya menarik kehadiran lebih daripada 70 orang alumni, menjadikannya satu perhimpunan yang bermakna. Kehadiran ahli keluarga alumni turut menyemarakkan suasana, mencipta kenangan indah yang pastinya sukar dilupakan.

 

Program MEKAR Siri 22 ini turut mendapat sokongan padu daripada Pengarah ARCUPM, Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, yang turut serta pada program ini. Beliau menyatakan bahawa program sebegini bukan sahaja menjadi wadah untuk para alumni berkumpul dan mengenang kembali zaman di kampus, tetapi juga sebagai platform untuk merancang kerjasama strategik antara alumni dan universiti dalam pelbagai bidang.

Secara dasarnya program ini dilihat sangat signifikan dalam mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara alumni serta memperkukuhkan ikatan dengan alma mater.

Tarikh Input: 30/08/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:0:28:57~noCache