MEKAR Siri 21: Alumni UPM Chapter Indonesia 2024 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MEKAR Siri 21: Alumni UPM Chapter Indonesia 2024

MEKAR Siri 21: Alumni UPM Chapter Indonesia 2024

Oleh: Aidil Asyraaf Abdullah

Suntingan: Suziana Che Wil

 

Kuala Lumpur, 10 Oktober - Seramai 37 alumni UPM dari Chapter Indonesia tiba di Malaysia untuk menghadiri program Mekar Siri: 21 Alumni UPM Chapter Indonesia 2024. Para deligasi tiba di KLIA 1 dan 2 sekitar jam 3.30 hingga 4.30 petang dan telah disambut oleh Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM).

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen mereka dalam mengukuhkan ukhuwah yang erat antara alumni dan universiti. Pertemuan ini bukan sahaja untuk jaringan hubungan, tetapi juga sebagai platform perbincangan kerjasama dan sumbangan demi kemajuan UPM dan jalinan erat alumni pada peringkat global.

Acara seterusnya adalah Majlis Makan Malam dan Temu Mesra yang telah diadakan di Astana Putra. Turut hadir, Pengarah dan Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Presiden dan Timbalan Presiden Persatuan Alumni, serta alumni dari Chapter Indonesia. Majlis tersebut diisi dengan sesi perkongsian idea dan strategi bagi memperkukuh hubungan antara alumni dan UPM.

 

Penyampaian saguhati antara Pusat Perhubungan Alumni dan alumni Chapter Indonesia menjadi kemuncak acara. Ia melambangkan penghargaan serta komitmen terhadap jalinan kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan. Program ini diharapkan akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi antara UPM dan alumni Indonesia.

Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jalinan kerjasama ini. Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Tarikh Input: 21/10/2024 | Kemaskini: 22/01/2025 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:1:46:06~noCache